Agensi Pengurusan Bencana Alam (NADMA) akan digerakkan dari rumah ke rumah bertujuan menggalakkan penduduk khususnya di Sabah dan beberapa negeri di Pantai Timur untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata selain Kelantan dan Terengganu, Sabah juga menunjukkan pendaftaran vaksin yang rendah setakat ini.